Sunday, April 3, 2011

i need an eraser..









oMTVgX on Make A Gif, Animated Gifs



nak guna yang mana satu ni..yang boleh kasi padam selamanya..hurm..):

gud bai fren!

betullah sabda RasuluLLAH s.a.w kalau kita menyukai  seseorang janganlah terlampau suka sbb kelak kita tak tahu mungkin orang itu akan kita tak suka....nampaknya hal ini terjadi pada diriku..aku tak tahulah..mungkin aku terlampau mengikut perasaan...tapi tindakan si fulan itu betul2 menghina diriku..aku tak tahu apa masalah dia dengan aku..aku tak berniat pun nak buat jahat atau memperli dia..i regard them as friends..no more than that..kalau org dah tak hormat kita dan tak suka kita buat apa lagi kita terhegeh-hegeh..bagus cepat2 kita angkat kaki n forget them foreva...jahat betul aku ni..tiba2 naik hangin tak tentu pasal..Ya Allah..sejukkanlah hatiku...T_T



Saturday, April 2, 2011

cintalah sekadarnya



“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)




Tuesday, March 29, 2011

p jpn..

assalamualaikum pada blogku..rasanya macam dah lama tak update..idea banyak tapi malas pun banyak jugak..hari ni amik masa lima minit untuk update blog ciput ni..baru je balik drp kk tadi teman housemate submit borang permohonan tiket flight percuma..bertolak drp kota marudu tadi sudah pukul 2 ptg sampai di jpn sudah pukul 4 suku(mujur sempat)..pas submit borang adalah jalan2 sikit p karamunsing..adalah beberapa barang saya beli macam tetikus,bedak(biasalah pompuan),tudung,apa lagi ek.??rasa2 tu aje kot..biasalh orang miskin..alhamduliLLAH..sbb miskin nilah  jadi tak pandai membazir..beli yang perlu2 jer..yang tak perlu nanti masa perlu bolehla beli..umm...malam ni nak tidur awallah(konon) sbb esok ada mtq..jap2..sampai umah tadi kul 10 suku..pergi balik kk saja dah 5 jam..alhamduliLLAH..Allah mudahkan segala urusan...
zZZZzz (^,^)<---tido sambil senyum..



Sunday, March 27, 2011

permulaan..

kadang2 saya musykil tentang keinginan..apa yang saya kejar sebenarnya dalam kehidupan ini..kadang2 saya rasa kosong dalam diri saya ini....adakah saya mahukan perhatian manusia lain..adakah saya betul-betul ikhlas melakukan segala kebaikan..hidup ini saya rasakan begitu panjang dan sepi..sekejap saya gembira dan ada masa pula saya berduka..hidup saya sudah sebati dengan kesepian..saya yang memilih untuk menyepi..saya inginkan teman untuk saya curahkan isi hati..kadang kala saya terfikir jahat sangatkah saya ini..kenapa manusia lebih memilih memandang manusia lain menggunakan mata kasar mereka..tidakkah mereka punya mata hati..alangkah indahnya hidup ini andai saya boleh berbakti sepenuhnya untuk menegakkan Islam..mengajak manusia lain mengesakan Allah..Ya Allah kurniakan saya kebolehan itu..agar hidup saya lebih bermakna di dunia ini dan semoga saya boleh tersenyum di akhirat kelak...ameen..luahan hati di kala sepi menyapa...


Monday, March 21, 2011

i put my trust to HIM so that i can forget him..

firman Allah :


ادعواني أستجب لكم


"berdoalah(perintah) padaKu, nescaya Aku akan menjawabnya.."


macam mana Allah jawab doa kita?tak semestinya Allah akan perkenankan permintaan kita..Allah akan memberi sebaik-baik jalan kepada kita...lebih baik drp yang kita doakan..kerana Dia pencipta kita dan Dia lebih mengetahui siapa diri kita dan apa yang kita perlukan..jadi, kalau Allah tak memakbulkan apa yang kita hajatkan tak bererti Allah tidak pedulikan kita...jadi banyak2lah berdoa pada Allah.. sbb lagi banyak kita berdoa lagi bertambahlah rasa kebergantungan pada Allah dan sekaligus iman kita akan 
bertambah :)




i 'll let u go..


Cinta itu amanah. Apabila mencintai orang yang tidak mampu kita memilikinya, lepaskanlah dia dengan redha. Berdoalah untuk kebahagiaannya. Apabila memiliki orang yang tidak dicintai, jaga dan bimbinglah dia sebaiknya. Kerana hidup kita di dunia ini bukan semata-mata kerana cinta, tetapi untuk berbakti demi hidup yang kekal abadi di sana.

Sunday, March 20, 2011

kartun ultraman from my point of view



sebelum tu saya nak bagi tabik spring pada kartunis zoy sbb menjadi kartunis yang pertama yang boleh menempatkan kartun malaysia kat cnn..bukan calang2 orang boleh masuk cnn..tul tak?dengar kata ramai yang marah dengan tindakan "bodoh" berita harian menyiarkan kartun ni..saya pun tak layan sangat berita harian ni sbb kat tempat saya di sabah ni mmg tak sampai pun surat khabar ni..alhamdulillah..mujur takde..hehe..

okeylah mmg laa tak patut berita harian wat cenggini..seolah-olah meremehkan bencana yang menimpa jepun..tentulah rakyat jepun akan terkesan yang amat sangat dengan tindakan ni..

bagi saya..dari sudut lain..ada mesej yang boleh diambil dan boleh difikirkan bersama ..watak ultraman selalunya dilabelkan sebagai berkuasa dan penyelamat..mungkin sebilangan besar kanak2 di asia yang masih naif menganggap kuasa ultraman melebihi segala kuasa dan penyelamat dunia..mmg rosak akidah budak2 ni..mak bapak pun tak kesah anak2 mereka dididik dengan membesarkan makhluk drp penciptanya..

ultraman is jepun..sebagaimana yang kita ketahui negara jepun adalah antara negara yang mempunyai kuasa teknologi yang tinggi di asia dan dunia..di sini boleh kita ambil iktibar bahawa negara sehebat jepun pun tak mampu menangkis apa yang ditaqdirkan Allah kepada mereka inikan lagi negara2 yang kecil seperti negara kita..ini bukan soal meremehkan jepun tetapi meremehkan semua manusia yang mengkufuri kuasa Allah..sampai bila kamu ingin berlagak dengan Allah sedangkan kamu adalah nothing disisiNya..tanpa Allah siapalh kita..

obses..

sebenarnya saya dah letih dengan rasa obses ni..kalau boleh saya nak rasa ni cepat2 hilang dalam diri saya..kalau masa boleh diundur..saya tak nak pun rasa obses ini membelenggu saya..rasa obses ini buat diri saya tak rasional, banyak berangan dan kadang2 menghiris perasaan..

Ya Allah..biarlah hambaMu ini hanya obses padaMu dan pada rasulMu..tak rela aku obses pada manusia yang mempunyai sejuta satu kelemahan..

Thursday, March 10, 2011

Song Ji Eun ft Bang Yong Kook >>Going Crazy


It’s not love
This isn’t love
It’s just your obsession
Wherever
Whatever I do
It’s frightening
The you who watches me

I follow in your shadow
I make a phone call
I become thrilled at the sound of your shaking breath
My heart runs after your increasingly quick steps
I think I’ll go crazy
The long night gets darker
Under the dead streetlamp in front of your house
I’m watching you through the crack in your window
Until the night ends
Come on and find me
You keep playing a suffocating game of hide-and-seek with me
You, you, you
You’re inseparable from

Have you gone crazy?
Why are you like this?
Please just leave me alone now
Seeing you is suffocating
Please disappear from my sight

Daisy True vs Suri Cruise

kenal tak suri cruise?kalau tak kenal meh saya perkenalkan..suri ni anak kepada incik tom(cruise) n katie holmes.budak ni mmg cute drp masa dia baby lagi.kalau tak silap umur dia tahun ni dah masuk lima.suri jugak digelar sbg mini katie holmes..nape yek?sbb muka anak beranak ni mmg seiras n mungkin nanti suri besar esok2 muka dia sejibik macam mummy dia..katie holmes amat ambik berat dengan penampilan suri..semua baju suri datang drp jenama yang mahal2 dan ada juga baju yang dicipta khas untuk dia jerk..what a lucky gurl..n suri skang merupakan ikon fashion bagi kekanak di seluruh dunia..hurm..oklah dah lah..meh saya cerita pulak pasal 'rival' suri ni..nama dia daisy true anak angkat kepada pelakon femes hollywood meg ryan..meg(mek) ryan ambik daisy ni drp negara china..nampak cam stylo jerk daisy ni..pasni peningla katie holmes nak menghias anak dara dia sorang ni..hee.. watch out suri... agak2 korang sape yang lebih cun?




Daisy True with Meg Ryan
Suri Cruise

Monday, March 7, 2011

sebulan sudah..

assalamu'alaikum..lebih kurang satu bulan sudah saya berblog..saya masih ingat di awal pembabitan saya begitu bersemangat untuk berblog..ada saje yang mahu diedit dan ada saja yang mahu dipostkan..ttp sejak akhir2 ni minat saya semakin luntur dan surut..syabas saya ucapkan pada blogger-blogger yang masih bertahan sehingga bertahun-tahun..kalian adalh sumber inspirasi saya..saya harap saya boleh berblog sampai bila2 pun.saya tak kesah kalau org tak baca..yang penting saya lakukan benda bermanfaat kepada  diri saya..

Saturday, March 5, 2011

tujuan..

asalnya tujuan saya buat blog ni sbb terpengaruh dengan iklan yang boleh kasi pendapatan yang lumayan..cth cam manggaad dan nuffnang..tapi lama2 baru saya sedar yang blog femes jer yang boleh jana income lumayan kalau sekadar blog ciput cam saya ni jangan mimpi lah...so saya putuskan utk buang semua ad2 tersebut drp blog saya sbb macam menyemak pun ada..skrg tujuan saya berblog sudah berubah..salah satunya ialah mengisi masa lapang saya dan berkongsi cerita dengan kawan2..(ye ker banyak kawan)..hee..takpalah saya tak kisah org tak baca..yang penting saya bahagia..selain tu saya juga tertarik plus jeles dengan mereka2 yang mempunyai blog2 yang hebat lagi cun..kalau nak dibandingkan dengan blog saya ni..hurmmm..takde harapan..heee...bukan nak putus asa..sbb saya kenal siapa diri saya...

Sunday, February 27, 2011

NAZI~

kenapa kena benci nazi...nazi tu pembunuh Yahudi..so..jangan benci sangat nazi..tak pulak saya  suruh sokong..:)

Saturday, February 26, 2011

yuk g tamu..

hari ni sebelum pukul 7 pagi lagi kami(saya,yao dan ju) pergi ke pasar tamu.pasar tamu ni kalau di semenanjung macam pasar tanilah..macam2 ada jual kat sana..tapi aim kami nak beli barang2 basah n sayur..kami beli sotong,udang,ikan kembung,ikan kerisi n ikan putih..pas cari lauk kami g pasar sayur untuk beli  sayur-sayuran..

belajar baiki kereta

harini teman nadia my housemate pergi baiki kereta myvi dia.ju budak jqaf yang baru sampai dr semenanjung pun ikut sama..kami pergi dalam kul 11.30 pagi.mula2 pergi kat kedai satu ni..lepas dia cek dia kata tayar kereta  dah kembang dan terpaksa tukar baru..nadia nak tayar silverstone tapi kat sana dah habis stok..so terpaksalah cari bengkel kereta lain.bengkel yang kedua ni bagus sesangat tak macam bengkel 1st tadi..mula2 dia pandu uji dulu salahuddin al-ayyubi(nama kereta myvi biru nadia)..tapi lama sangat dia drive sampai nadia cuak takut salahuddin dia kena kidnap...hahaha..geli hati rasa..selepas 15 minit barulah si mekanik tu balik..nasib baik tak hilang kete yao(nadia's nickname)..lepas dia pandu uji kereta  dan kesan beberapa masalah dia pun explain the problem to yao...hurm..lepas tu adalah dia tukar certain2 things nak explain pun tak pandai sangat..tapi lama jugaklah kami kat sana dalam 2 jam gamaknya sbb mekanik tu dok main bukak pasang tayar si salahuddin ..taksilap pandu uji saja dah 4 kali..tapi yang respeknya mekanik ni buat kerja cermat n tak amik mudah walaupun terdapat kesilapan kecil..lain kali kalau saya dah ada kete esok2 blehlah repair kat sana kalau rosak..hurm..bilalah nak beli kete..gaji masuk bulan 4 ni..

kereta impian stakat ni...nak beli yg branded fikir sayang duit plak

Friday, February 25, 2011

template baru..

asalnya cari template baru sbb terpengaruh dengan beberapa blog yang kiut-miut..walaupun template kat blogger ni dah ada juta2 tapi tangan ni gatal nak cari yang luar..last2 apa jadi..yang dikejar tak dapat yang ada habis hilang..haha..takde masalah cari masalah..blog mardhotullah yang asalnya ada widget2 yang best last2 semua lesap sbb template baru tak ngam dengan saiz widget2 tu..layout pun tak leh ubah last2 habis hancur harapanku nak memiliki blog yang bagus(walaupun isi takde..hehe)..menyesal pun tak guna sebab dah save camtu..hurm..apo nak dikato jang...:(

esok nak g kk

esok cadang nak g kk sbb hari ahad ni saya kena jumpa agen loan drp bank islam untuk buat loan peribadi..memandangkan gaji saya bulan empat baru dapat terpaksalah saya buat loan..tak banyak pun..dalam 20k jer..hehee..(gelak sinchan)ikutkan hati malas jugak nak buat tapi dah terpaksa sbb dah hutang jutaan rupiah kat adik beradik..lagipun ada lagi tujuan lain..saya pilih bank islam sbb bank ni interest dia tak tinggi 3.25 jer..dengan syarat bayar dalam tempoh 3 tahunlaaa...haha..tapi esok kena g sesorang coz housemate nadia tak jadi pergi pulak..tak kesah pun..dan taknak susahkan dia..lagipun dia tak berapa sihat..hurmm..do i need to write bout this...kesimpulanya..apa2 jelah:)

apa2 jelah

assalamualaikum..blog ini lebih bersifat peribadi..sebarang percakapan skema akan dijauhi..hee...maksudnya saya tak perlu runsing untuk bina ayat yang berbunga-bunga..bestnya..bleh cakap merapu-rapu..hehe terover plak..tak kesah pun kalau org lain tak baca blog ni..mana2 ketensionan saya akan luahkan kat sini..alangkah bahagianya hidup..tapi kalau ada silap saya jangan lupa tegur...:)